Tuesday, 21 July 2009

Greding kali ke 2





greding ini dilakukan lagi bagi memastikan anak ikan membesar dengan sekata,di dapati anak ikan membesar dgn tidak sekata anda boleh lihat gambar di atas sekali.jika terjadinya begini maka terpaksa mengasingkan anak ikan yang kecil tadi ke dalam takungan air yang lain.jarak antara greding yang pertama dan kedua adalah sebulan...sepatutnya dilakukan 2 minggu sekali.

Tuesday, 14 July 2009

Beri makan roti


Anak ikan diberi makan roti sebagai makanan tambahan

Wednesday, 8 July 2009

Anak ikan smua MATi!


kandungan asid di dalam akuarium mencecah Ph3.5 ,Kesemua anak ikan bersaiz 1 inci di dlm akuarium mati.Ini mungkin kerana tahap ammonia didalam air terlalu tinggi kerana saya kerap memberi makan dalam kuantiti yang banyak.maka tamatlah lah riwayat meraka semua.....Anak ikan didalam kolam kanvas saya sekarang sudah mencecah saiz 3-4 inci..

Tuesday, 7 July 2009

Air kolam berasid,beri mkn lemak ayam










Air segera ditambah setelah didapati kadar keasidan di dalam kolam bertambah. Kerana Ph yang sesuai untuk tumbesaran anak ikan ialah Ph 6.5-8.5

Monday, 6 July 2009

perut anak ikan kembong

perut anak ikan keli yang kembung kerana di beri mkn lemak ayam.lemak ayam dikatakan mempercepatkan tumbesaran ikan,ada juga yang mengatakan memberi mkn lemak ayam menyebabkan isi ikan keli tidak nyaman dan berbau.lemak ayam di cincang halus sebelum diberi makan.

Thursday, 2 July 2009

Ph Tester

Saya baru sahaja membeli Sera Ph Tester dengan harga RM35,ini penting untuk mengetahui tahap keasidan air kolam,sukatan Ph yang sesuai bagi tumbesaran ikan keli adalah Ph 6.5-8.5

Wednesday, 1 July 2009

makanan organik & high protein meal




Kolam diletakkan pucuk bandung(pucuk ubi) selepas proses pengredan semalam,bagi memberi makanan organik bagi tumbesaran anak ikan.air didalam kolam di biarkan cetek bagi mengawasi dan meninjau peggerakan anak ikan.












Video menunjukan anak ikan yang di beri makan high protein untuk mempercepatkan tumbesaran anak ikan.