Wednesday 24 June 2009

Teknik terkini yang efektif


1) Teknik ini mengurangkan kos pemakanan ikan keli kerana makanan organik diberikan sekali sahaja sepanjang 3 bulan penternakan.

2) Teknik terbaru ini juga mengurangkan juga menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di persekitaran tempat penternakan
ikan keli ini kerana pasir yang terdapat dalam kolam kanvas membantu menyerap kekotoran.

3) Lebih menjimatkan iaitu tidak perlu penggantian air kolam kanvas secara rutin.

4) Kolam tidak perlu lagi ditutup kerana keladi bunting telah memainkan peranan penting menjadi tempat i
kan keli berteduh.

5) Masa dapat dijimatkan, oleh kerana teknik ini sangat mudah jadi tidak perlu pemantauan yang sangat teliti keatas
ikan keli yang diternak.

Tuesday 23 June 2009

KIsah Pak Pandir Dan Ikan Keli

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???

maintenance kolam katil ku



hari ini saya saya mendapati kolam ternakan katil saya telah terkehel sedikit dari tempat asal, jadi saya perbaiki kerosakan....saya terpaksa menimba air kolam untuk mengurangkan beban pada kolam untuk di selengara.air hijau itu akan diguna semula jadi tidak lah membazir air.air hijau itu sangat sesuai untuk tumbesaran anak ikan.





Gambar dibawah adalah gambar semasa anak ikan keli diberi makan sangat aktif dan terus membesar.

Sunday 21 June 2009

Perhatian kepada semua pengemar keli

AINUL AGRO BASED
AKAN MENGADAKAN PAMERAN DI
WATERFRONT PADA 25-28 JUN 2009
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK INGIN TAHU APA ITU IKAN KELI?
DAN JUGA PRODUK YANG KAMI PASARKAN
ANDA DI JEMPUT UNTUK DATANG KE BOUTH KAMI PADA 25-28 JUN INI....
DISAMPING ITU KAMI JUGA MENJUAL PRODUK-PRODUK ASAS UNTUK IKAN KELIDAN JUGA KAMI ADA MENAWARKAN KURSUS ASAS PENTERNAKAN IKAN KELI
KEPADA PENGUNJUNG YANG DATANG KE GERAI KAMI..
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI... TERIMA KASIH...

Thursday 18 June 2009

Alat kelamin ikan Keli

gambar menunjukan alat kelamin ikan keli jantan dan betina yang di tunjukan didalam buku yang baru saya beli.Alat kelamin ikan keli jantan lebih panjang dari betina.

Wednesday 17 June 2009

Buku Ternakan keli


Ini adalah buku panduan lengkap tentang ikan keli yang baru saya beli di MPH Bookstore,The Spring dengan harga RM19.50.Buku ini bagus sebagai panduan bagi menternak keli,didalam nya dibincangkan dgn lebih terperinci semua aspek teknikal yang berkaitan dengan perusahaan keli.buku ini juga menerangkan cara pembenihan keli semua tentang keli lah ada dalam buku ini..

Saturday 13 June 2009

INFO KELI


Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.
Ikan keli boleh didapati di kebanyakan
sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.



Ikan ternakan
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging
ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.
Dalam
bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".

Kepercayaan
Bagi sesetengah tempat khususnya di
Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
Jika orang mati lemas di
Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak.
Sebaliknya di
Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.

Thursday 11 June 2009

Getting Bigger



Gambar yang saya ambil petang tadi semasa memberi makan anak ikan..ia semakin membesar dan sihat,malah terlalu aktif..tidak dinafikan betapa mudah nya menternak ikan keli..ikan keli boleh di jual apabila berat seekor mencecah 250-300 gram ,lebih kurang sebesar lengan...tidak sabar rasanya untuk melihat ia lebih membesar.

Rebuilt the Katil


malam semalam saya dikejutkan dengan bunyi guntur yang sangat kuat,saya tersedar lalu ter ingat kan kolam ternakan yang belom ada sistem saluran keluar air yang membolehkan air hujan lebih banyak bertakung dalam kolam.Saya terus bangun jam menunjukkan pukul 3.30 pagi....saya mengunakan payung supaya air tidak masuk ke kolam untuk sementara....pada pagi nya saya terus memasang kanvas seperti gambar di atas bagi mengelakkan di ganggu lagi semasa tidur...inilah gambar kolam ternakan terbaru saya,lebih luas,boleh menampung beratus-ratus ekor anak ikan

Wednesday 10 June 2009

Kolam ternakan mengunakan KATIL






Hari ini sayabuat kolam ternakan keli yang lebih besar menggunakan katil terpakai dan kanvas...semua anak ikan akan dipindah ke kolam ternakan tersebut,saya hadapi masalah untuk membuang air kelak dan apabila hujan di khuatiri air memenuhi kolam....adoh...penin palak pikir,p sekpa..kolam ini hanya untuk sementara menampung puluhan ikan yang saya ternak,sementara itu saya cari alternatif lain..anak ikan keli tidak menunjukan sebarang
tanda2 untuk mati,masih aktif,ada kurang sedikit makan.....



Tuesday 9 June 2009

Antara yang tertewas

pada post yang lepas saya tidak letakkan gambar anak ikan yang tertewas,ini dia 2 ekor anak ikan yang hayat nya tidak panjang(keruk)....inalillah.....ikan2 yang lain maseh teruskan hidup seperti biasa

pasang atap dan ada yang mati


Hari ini saya memasang atap pada kolam ternakan saya,atap yang mudah alih dan simple dijumpai di belakang rumah.di tongkatkan mengunakan kayu.saya sudahpun membeli blower udara untuk memberi oksigen kpd ank ikan..sekarang ikan saya cukup pernafasan harap2  lah bertahan sampai besar..Anak ikan maseh bergerak aktif.........saya dapati 2 ekor anak ikan sudah mati,yang lain maseh boleh survive.Air tersebut maseh bebau....saya terpaksa melakukan ujian air untuk mengetahui kandungan ammonia dan pH nya...jika kandungan ammonia sangat tinggi saya terpaksa melakukan sesuatu supaya anak ikan maseh boleh terus hidup.terpaksa reefer balik pada Ainul Agro Based untuk menguji air.

Monday 8 June 2009

3 hari berlalu ,anak ikan keli semakin membesar

gambar diatas antara puluhan anak ikan keli yang saya ternak,ukuran nya sekarang lebih kurang 3 inci,ia nya semakin membesar tetapi saya menghadapi masalah kekurangan oksigen di dalam air,oleh itu ikan sentiasa berada di permukaan air untuk mendapatkan oksigen.Untuk menyelesaikan masalah ini saya perlu mendapatkan blower udara untuk membekalkan oksigen kpd anak ikan..satu lagi masalah ialah air semakin berbau,saya perlu mendapat kan E.M dari pembekal makanan ikan untuk meghapuskan bau busuk air takungan...hampir 90% anak ikan yang saya bawa dari pembekal masih hidup dan terus menbesar,di harap ia berkekalan sehingga masa menuai kelak.Dapat juak merasa makan  ikan ternakan sendiri hehehe

Saturday 6 June 2009

Cobaan menternak keli

cobaan pertama saya menternak keli,dengan menggunakan akuarium dan besen terpakai di rumah.air di tabur dengan pucok bandung dan daun kiambang bertujuan untuk mendapatkan air hijau ia itu habitat ikan keli itu sendiri..Anti klorin di perlukan bagi membuang klorin pada air paip.Shade ya pakey eksen ajak jangan x jak hehe

Kursus Menternak Ikan Keli



Kursus ikan keli yang dianjurkan oleh Ainul Agro Based pada 6/6/2009 membuka mata saya tentang tinggi nya potensi penternakan ikan keli,ia di perkaya dengan omega 3,ia juga enak.Antara Ikan yang mudah diternak.Ikan keli tahan hidup tanpa air 48 jam,ia mempunyai 2 salur pernafasan yang membolehkan ia  bernafas tanpa air.Menternak ikan keli juga dpt menjana ekonomi negara kerana permintaan luar negara sangat tinggi.Tahu kah anda badan ikan keli diselaputi lendir yang menyukarkan untuk di pegang mengunakan tangan.ikan keli boleh hidup dalam kepadatan yang tinggi.Saya pun sudah mencuba untuk menternak keli dengan mengunakan akuarium terpakai dan besin besar,Saya akan mengunakan sepenuh nya ilmu yang diajar dalam kursus ...moga berjaya,ikuti kisah saya menternak keli pada post yg akan datang.....

Tuesday 2 June 2009

Ternakan ikan keli


Ikan keli sebesar manusia

Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternakdi Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.

Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.
Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas.
Dipetik dari http://www.duitpertanian.com/2008/06/ternakan-ikan-keli-2/

Monday 1 June 2009

Di bawah pengaruh dadah


Gambar ini di tangkap pada 30 April yang lepas,suspek yang berasal dari thailand ,anak kacukan amerika,Robert Jarr.Didapati bersalah membunuh rakan nya sendiri,Tony Param ketika dalam pengaruh dadah,Beliau membunuh mangsa mengunakan kapak sehingga mati di tempat kejadian.Dipercayai beliau menetak mangsa di bahagian perut.Beliau ditahan mengekut seksyen 302 kanun keseksaan yang boleh membawa hukuman gantun sampai mati.